Cara Mudah Buang Virus ‘Chromesearch.win’ Di Browser

Blog, Tip  /   /  By haicetak  /  59 views

Baru-baru ini rakan kami terkena sejenis trojan Chromesearch.win yang melekat di browser komputer beliau. Sebelum ini kami sendiri pun tak pernah dengar lagi virus jenis ini, tak pasti sama ada boleh beri impak yang teruk atau tidak. Tapi yang pastinya, perisian jahat ini sememangnya dicipta untuk kepentingan yang tidak baik.

Secara ringkasnya, virus ini disebarkan melalui laman-laman web yang menyediakan persian download software, script, game atau lain-lain secara percuma. Kebanyakkan tersembunyi di dalam fail-fail software crack.

Cara nak tahu komputer sudah dijangkiti trojen jenis ini mudah sahaja, bila buka brwoser (Google Chrome / Mozila FireFox / etc) akan terus di redirect ke chromesearh.win. Kalau jadi macam ini sah komputer ada sudah terkena! Atau satu lagi, bila anda taip apa-apa di address bar akan singgah di chromesearh.win dahulu baru dihala ke search engine yang biasa.

chromesearh

Sebab ini bukan blog omghackers, jadi tak perlu rasanya nak bahas secara terperinci bagaimana virus ini bekerja. Kita terus sahaja ke langkah cara membuangnya. Salah satu cara adalah dengan uninstall semula software pelik-pelik atau software yang diragui di komputer anda.

Satu lagi cara paling mudah adalah guna sahaja program anti-walware untuk hapus trojan ini. Walaupun komputer anda sudah ada anti-virus, anti-malware ini pun penting juga untuk kesan virus-virus yang tak dapat dikesan oleh anti-virus. Apa beza anti-virus dengan anti-malware? Yang itu nanti kita bahas pada hari yang lain.

Cara mudah buang tojan chromesearch.win, anda boleh download MalwareFox Anti-Malware. Sangat mudah dan efektif. Untuk versi percuma, anda hanya diberi akses selama 15 hari sahaja.

malwarefox

Selepas download, install MalwareFox di komputer dan scan. Seterusnya, jika sungguh terdapat trojan di dalam komputer anda, MalwareFox dengan senang akan bunuh semua kuman siber tersebut. Selamat mencuba, semoga masalah yang membingungkan anda ini jumpa penyelesaiannya.

Download

Related Posts

Perkataan ‘mockup’ tidak asing lagi kita dengar dikalangan pecinta grafik design, tapi apa itu...

Buat anda yang nak tukar apa-apa gambar kepada format vector hitam putih semudah 1 klik, boleh...

Adobe Photoshop dan Illustrator, kedua software ini sangat popular dikalangan pereka grafik. Yang...