NEWS: HaiCetak V.3, Apa Yang Baru?

news  /   /  By haicetak  /  104 views

Hai, apa khabar?

Buat anda yang pertama kali dengar HaiCetak, kami nak ucapkan selamat berkenalan. Secara ringkasnya, kami adalah sebuah syarikat dalam talian yang menawarkan perkhidmatan percetakan seperti t-shirt, stickers, name card, poster dan banyak lagi. Baca di sini.

Buat anda yang pernah mengenali kami (hello old friends), tak kira la melalui page Dragon Force, Rileks Crew, Omg Hackers, Kepala Hotak Kamu (KHK) atau lain-lain, kami cuma nak beritahu yang kami kini sudah kembali beroperasi seperti biasa. Yeah!

Oh ya, tak kiralah dari manapun anda mengenali kami, sekali ada sudah masuk website HaiCetak, kita kira sudah jadi kawan. Kawan yang dikasihi, kalau nak upgrade level jadi kawan dan pelanggan yang dikasihi, boleh beli produk atau tempah t-shirt dengan kami. Kah!

Ok baik, untuk HaiCetak versi ketiga ini, kami telah pun menambah beberapa perkhidmatan baru (dalam proses kemaskini) dan juga beberapa fungsi yang baru. Di antaranya ialah:

Responsive Web

Paparan muka yang responsif dan mesra pengguna. Anda boleh layarai laman web HaiCetak ikut desktop atau handphone tanpa perlu kecilkan mata seperti melihat kuman guna mikroskop. Paparan terbaru ini sangat mesra pengguna, telah disuaikan untuk apa-apa peranti sekalipun.

Tapi, ini adalah versi beta lagi. Mungkin akan upgrade kepada yang lebih baik.

Perkhidmatan

Selain memperkenalkan beberapa servis baru, kami juga telah tambah ‘chat box’ yang akan muncul sekiranya kami sedang online di bahagian bawah penjuru kanan di website ini. Dengan itu, anda boleh terus bersembang dengan kami seolah kita sedang lepak di satu meja yang sama.

Blog

Oleh kerana kami sudah menukar slogan baru iaitu ‘HaiCetak Creative Lab’, untuk tahun 2018 ini kami akan lebih rajin untuk berkongsi pelbagai konten-konten yang menarik untuk anda baca. Topik yang agak meluas dari tip komputer, laman web, design, idea-idea kreatif terkini, trend grafik, perkongsian produk virtual percuma dan banyak lagi.

Anda yang berminat dan tak nak terlepas artikel menarik dari kami boleh follow HaiCetak di Facebook!

VVIP CLUB (Coming Soon)

Akan datang pada 2018 nanti, semua pelanggan HaiCetak akan diberikan akses ke ruangan VVIP di mana akan menerima pelbagai bonus serta tawaran menarik yang tidak ditawarkan oleh kami secara umum. Nak tahu apa yang menarik? Tunggu NEWS yang seterusnya!

Ada sebarang soalan atau pertanyaan? Boleh hubungi kami di sini.

Related Posts

Sorry, nothing here!